Wednesday, April 10, 2019

SUPERWOMEN

بِّسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum,

Hari ni..saya rasa saya ingin bercerita pasal PEREMPUAN. tak kisah la dia seorang isteri,ibu,nenek,girlfriend,bos,pekerja,apa je..tapi..sedarlah ye kaum sejenis ku..kita adalah SUPERWOMEN.Kenapa saya kata macam ni? saya bagi contoh mak saya..Mak selalu ada dengan kami semua..dialah kawan kami,dialah tempat kami mengadu susah senang,dialah orang pertama yang akan jadi nurse,bila kita tak sihat,dialah chef terhandal dirumah,dia juga cikgu kita,pakar ekonomi dalam keluarga..Banyak peranan mak ni..Bila saya bercakap berkenaan mak, air mata akan mengalir..bukan sedih..tapi entahlah..ada 1 perasaan yang saya tak boleh described kan..
Waktu semua orang mengatakan saya tak mampu..mak saja yang percaya,dan terus bagi kata-kata semangat pada saya..tak lupa ayah juga..Waktu ayah ditipu,mak la yang bantu..mak bagi dorongan pada ayah,alhamdulillah..saya bersyukur allah menganugerahkan mak ayah yang terbaik untuk kami.

Dan bila saya berkahwin,saya tanamkan dalam diri saya,saya nak jadi macam mak saya.Mak adalah idola saya.Susah senang kita para isteri,tetapkan hati,kuatkan semangat untuk terus bersama dengan suami.korang pernah dengar tak pepatah ni "PEREMPUAN DIUJI BILA SUAMINYA KURANG DUIT,TAPI LELAKI DIUJI BILA MEREKA BERDUIT' pernah dengar? perempuan memang ada sifat lemah lembut, tapi tu tak bermaksud, kita boleh menyerah kalah dalam hidup..terutama berkenaan rumah tangga.Pertahankan selagi mampu..Jangan cepat melatah,andai timbul perasaan syak wasangka,bawa berbincang,jangan terus terjah suami kita.Letakkan kepercayaan pada suami, tapi bak kata mak saya, at least kita kena letak 1% rasa tak percaya tu pada lelaki,walaupun pada suami kita.1% tu,adalah untuk kita berjaga-jaga dengan apa yang akan berlaku akan datang..

Berbalik pada tajuk,perempuan ni,kadang-kadang dia sendiri tak sedar yang dia mampu buat benda di luar jangkaan dieorang.Keluar rumah untuk bekerja,balik rumah masih lagi bekerja,hidupnya adalah untuk keluarga.Buka je mata,terus "punch card".Kerja seorang perempuan ni,takkan habis bila habisnya waktu kerja dipejabat,malah hari minggu ada hari kiteorang jadi cleaner,chef,laundry dll.
Bila waktu cuti untuk seorang perempuan?Tapi bila kami mengadu penat, tak boleh ke, suami tolong picitkan ke..kadang-kadang tolong masak ke..bukannya hari-hari,mungkin dalam sebulan,adalah 1/2 kali..fikirlah pengorbanan isteri..Saya alhamdulillah..suami memang join bila buat kerja rumah,cuma kalau bab masak,saya lebih suka bersilat sorang-sorang..hahaha..

Pada para suami,talak ditangan anda..tapi jangan mudah untuk melafazkannya,andai isteri terlalu ego,keras kepala,anda cubalah rendah kan ego anda,cuba fikir dimana silap anda,mungkin si isteri dah terlalu lama pendam perasaan.Si isteri pulak, jangan fikir diri sendiri je betul,fikir jugak mana yang kurang, kalau tak kurang..takkan suami nak tinggalkan..tapi itula..jodoh,maut semua ditangan Allah s.w.t..Tapi sebaiknya,kita jaga perhubungan suami isteri sebaik yang mungkin.Suami cuba lihat pengorbanan isteri..isteri cuba lihat pengorbanan suami..listkan kebaikan pasangan masing-masing.Macam mana korang boleh fall in love then berkahwin..Ingat semua tu..

Bebel saya ni,sebab di office ada staff yang tengah ada masalah suami isteri,masing-masing tak nak mengalah,yang lelaki dengan bangga duk cakap,nasib baik ada anak, kalau tak,dah lama aku tinggal..si isteri pulak,bengis tak bertempat..entahla..saya doakan semua baik-baik..

p/s: saya doakan semoga perhubungan suami isteri kita sentiasa dalam rahmat allah..ameen


kanvas putih,
AFIQAH AZMAI

Tuesday, March 12, 2019

UJIAN ALLAH

بِّسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum..

Beberapa hari ni, teramat lah sedih..hanya Allah yang tahu..Dengan deposit rumah belum dapat..Dengan kereta kena tarik (disebabkan masalah teknikal pihak A****sa ). Aku tertanya,
adakah Allah menguji kami atas kesalahan yang pernah kami lakukan? Aku tanya benda yang sama pada mak..Mak & ayah memang tempat kami suami isteri mengadu..Hati akan tenang bila dengar nasihat dieorang. Mak jawab " angah..sabar..allah uji sebab allah sayang..allah uji,sebab allah nak bagi hadiah lagi baik untuk angah..sabar lah.."

General knowledge..Kalau kita buat pembayaran lambat, walaupun tak sampai sebulan, pihak bank akan call kan?pihak bank akan hantar sms kan?malah setengah bank akan hantar surat.Ini, satu pun takde daripada yang di sebut tadi..langsung takde..salah kiteorang ke bila gaji dah di tolak untuk pembayaran semua pinjaman, tapi pihak yang sepatutnya clear kan payment tu, tak buat kerja?salah kiteorang ke??Ya Allah..permudahkan lah urusan kami berdua..KAU berilah pengajaran setimpal pada pelaku..Aku yakin..doa orang dianiaya akan dimakbulkan allah..

Untuk Tuan rumah lama kami..kita dah bagitahu awal..you yang nak naik kan sewa sampai RM500,
without early notice..And you said, no worries, i'll returned your deposit RM2600.But, you need to clear the house before end of February..Hello En..kita ni..dah kosongkan rumah awak dari 25/02/19..
Dah inform semua..Tapi call tak angkat, whatsapp tak reply..Kunci,access card semua dengan kiteroang..Time kiteorang nak masuk setahun yang lepas,kiteorang boleh percaya dekat Encik..transfer deposit, lepas tu Encik pos kan kunci..Kenapa tak boleh guna method yang sama?nak tengok keadaan rumah dulu?Encik yang takde masa nak turun selangor ni..kami dah siap send semua gambar rumah..SETIAP SUDUT..En boleh jawab.."wah u jaga ini rumah banyak bagus" so..transfer la duit! kalau tak mampu, kami akan cari penyewa..Kenapa benda yang mudah jadikan susah.

Pagi tadi punya cerita pulak..Nasib baik pinjam kereta ayah mertua,Kami isi minyak kat petrol pump area rumah, kereta bezza boleh tengok KM boleh pergi dengan minyak yang ada kan..turun dari rumah, boleh gerak 11km sahaja..jadi kiteorang ni isi RM20..dah siap,kiteorang jalan la..sampai dekat traffic light, tak sampai 5 minit,tengok kat meter, boleh jalan lagi 9km..apahal kan..baru isi ni..gerak pun tak sampai 5 minit..Kami berhenti di bahu jalan, matikan enjin..pastu start balik..sama je KM dia..Buat lagi sekali benda yang sama..kotla meter pulak yang problem..mana tahu kan..still tak naik..Dah kena U-turn..pergi balik petrol pump tadi..Pada mula tu pekerja dia memang kata minyak dah jalan..Husband dah naik geram, sebab benda macam ni, dia terlewat masuk office.Pekerja petrol pump tu, ditunjuk meter kereta,kotla dieorang fikir kami ni nak tipu dieorang..mungkin dieorang tengok cctv,memang kiteorang tak sampai 5 minit isi minyak.Kemudian, pihak petrol pump isikan balik jumlah tadi..Dan bila husband start engine, ye! meter naik..Allahuakbar..Dugaan betul..

Saat ni, aku mengarang hanya untuk lepaskan rasa yang terbuku..Andai Pihak A****sa tak selesaikan, saya dengan husband akan report pada pengguna.Kesusahan kami,imej kami,kos kami ke sana sini, siapa nak tanggung?Berani kerana benar.


Kanvas Putih,
AFIQAH AZMAI

Monday, February 11, 2019

4 PLUS JUS- JUS KESIHATAN

بِّسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum..

Kita buat review lagi..ini pun produk 100% bumiputera.Memandangkan 15-16 Feb 2019 ni,
dieorang akan bukak gerai di satu event..Benda bagus..mestilah share..tak gitu?😊

Dengan menggunakan bahan-bahan yang bagus, kebanyakannya adalah bahan semulajadi,
ia sememangnya akan bagi kesan atau tindak balas yang bagus pada tubuh badan kita.Pada mulanya,
pengasasnya ada cuba 1 jus kesihatan ni, tapi dia mengalami alahan, bersin berpanjangan, lalu dicadangkan oleh isteri untuk cuba proses sendiri jus kesihatan yang sama, menggunakan bahan yang sama, cuma diolah sedikit, supaya diri sendiri pun boleh mengamalkannya.Dan pada mulanya, pengasas buat jus ni, untuk ayah beliau, yang menghidapi sakit jantung, gout, darah tinggi, dalam tempoh pengambilan jus ini oleh ayah beliau, alhamdulillah kesemua masalah berikut sembuh, dan langsung tidak perlu buat rawatan susulan untuk masalh jantung di IJN.Alhamdulillah..semua dengan izin allah..

Jadi untuk event yang terdekat ni..:

 Jom ramai - ramai ke  Booth 4PLUSJUS di 
"Jelajah lambaian kaabah" anjuran bersama Andalusia Travel & Tours

Pelbagai aktiviti & hadiah menarik yang disediakan oleh pihak penganjur


Tempat: Masjid jamek pengadang baru,kuala terengganu

Tarikh : 15-16 Feb 2019
Masa : 9.00 pagi - 11.00 malam
Booth : K6 petak No 1
Bahagian : Barangan kering

"pakat mari ke booth 4PLUSJUS deh!" 👍🏼





Boleh follow : - 
jus4plus











Thursday, February 7, 2019

MIMPI KAN ATUK (POK)

بِّسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum..

Malam tadi mimpikan atuk saya..yang kiteorang semua panggil dia Pok.Pok memang tegas,tapi dia baik.Teringat masa kecik2..selalu dia bawak naik vespa..ronda kampung, dia yang ajar saya berenang.
Dia jugak yang ajar saya cara makan siput sedut.11/07/18 pok pergi tinggalkan kiteorang..Umur pok tahun lepas kalau tak silap saya 86 tahun.Innalillahiwainnailaihirojiun..

Saja saya nak berkongsi..

Pok ni salah seorang pejuang Melayan Union,bila balik terengganu, kiteorang selalu berkelah di tepi sungai area rumah pok..ada pankin kat situ..makan lauk2 kampung..sambil ambil angin,pok akan cerita zaman dia kecik2 dulu..macam mana bila jepun datang..apa dieorang makan,macam mana dieorang berkempen time2 nak mengundi..seronok..Pok dulu bekerja bawak kapal biji besi, dan
pernah bawak kapal terbang, tapi sekejap je.

Di akhir hidup Pok, tinggal ayah & makcik saya (adik bongsu ayh) yang selalu menjenguk,dan jaga makan pakai dia. sebagai anak lah..Kalau cucu pulak,adik beradik saya & anak makcik saya yang tadi..kiteorang yang selalu bergilir jaga pok.Orang tua,mesti tak nak tinggalkan rumah dieorang kan,jadi kiteorang yang angkat bantal,toto, pergi tidur rumah pok.Saya bukan nak show off yang kiteorang ni bagus ke apa..Tapi boleh nampak,walaupun tinggal tak sampai 10 langkah dari tangga rumah pok,sikit pun tak jejak kaki rumah pok..cucu ke nama nya tu?Orang tua ni terjerit2 panggil,ko boleh buat muka blur je kan..lalu je depan rumah..'Petang raya puasa,mak ayah & adik bongsu balik ke kampung mak di Padang Midin, tinggal saya dan suami dirumah.Petang tu,tengah2 basuh ayam untuk buat rendang,saya dengar loceng rumah.memang button tu kiteorang letak kat katil pok 1, senang dia panggil.Tapi saya dengar loceng tu sekali je, biasanya pok akan tekan banyak kali,so saya fikir, budak2 main2 tekan..so kiteorang bedua sambung prepare barang nak buat rendang,suami duk kacau nasi himpit..Saya macam dengar suara pok duk memanggil..kiteorang pun tutup api dapur,
berlari la melintas jalan pergi rumah pok,memnag seberang jalan je,masa nak keluar tula,saya nampak sepupu saya, dia boleh lalu straight macam tu je..kalau dia naik motor,boleh terima dia tak dengar pok panggil,masalahnya dia jalan kaki..takkan tak dengar..Allahuakbar..

Saya dengan suami naik ke rumah pok,tengok pok dah duduk di lantai..bukan di katil.Pok memang dah tak larat nak berdiri sendiri.."bakpe ni pok.." ni soalan saya.."pok nak kencing,tadi pok nak pergi sendri,tapi terjatuh..pok terkencing dah sini" takpe pok..kita tukar kain dengan baju pok ye..dahlah..tak yah nangis..memang sedih..sedih tengok pok..nenek dah lama meninggal..pok selalu cakap " su panggil pok dah tu" Su tu, nenek saya..Allah..memang betul2 cinta sejati atuk aku ni..
Dalam kiteornag duk bersihkan pok,pok kata " pok sokmo berdoa..biar allah cepat2 ambik nyawa pok..kesian ayah angah..jaga pok..pok tak mboh susah ke anak2" allah.."pok,memang tugas anak2,jaga mkayah"..sabarlah..allah uji pok gini..allah nak bagi syurga ke pok..sabar la..sambil lap air mata.."pok redha angah..pok redha.."kiteorang pun sama2 menangis..Aku sayang pok..

Apa yang ada dengan pok..
Sebenarnya dah lama pok dengar, nampak macam2 dalam rumah dia tu..kadang2 bila kiteorang masuk rumah dia,dia tak perasan,& masa tu duk bercakap sorang2..Pok memang tak nyanyuk..Dia ingat kami adik beradik..dia ingat anak2 makcik saya..kami yang selalu jenguk dia bila balik kampung..yang selalu bergurau dengan dia..yang selalu suap makan dia..alhamdulillah dia ingat kami.Ayah ada bawak ustaz ke rumah pok..Ustaz ada bagitahu memang ada "benda" yang duduk kacau pok,sebab tu kadang2 dia tiba2 menjerit..tiba2 marah..tiba2 nangis..Ustaz ada kata,dekat katil pok ni,ada benda "perempuan" yang selalu usik pok..Ustaz pernah tanya pok..siapa tu?"pok jawab..tak kenal ke..?ni makcik yang duk kat tepi sungai tu..yang bidan kampung tu" allah..bila ayah cerita kat kiteorang..memang seram..tapi nak buat macam mana, syaitan, jin pun hamba allah..memang wujud..Pok nampak monyet..paling betul ialah beruk..banyak,berlari2 dalam rumah dia..sebab tu kadang2 dia marah..dia kata bising.Ustaz yang berubat pok,ada yang jatuh demam..demam teruk..Ayah selalu pesan,kalau nak naik rumah pok,bagi salam,selagi pok tak jawab, jangan naik..Sebab kadang2 "benda" tu rasuk dia.Saya bukan buat cerita,tapi ni cerita betul..lillahi taala.Mak selalu pesan,pergi dekat pok,basahkan tengkuk pok dengan air zam zam,sambil selawat..tu yang kiteorang buat..Bila takde " benda" tu ganggu, pok akan bersembang dengan kiteorang..selalu dia minta doakan dia..tapi bila "benda" tu masuk dalam pok, pok suka marah2.. Malam takbir raya..pok bangun sendiri..duduk tepi katil..masa tu, saya,husband,adik laki & isteri dia, adik bongsu saya,kiteorang di rumah pok,ayah ke masjid untuk takbir raya..mak kat rumah..kakak & abang ipar masih disetiu,rumah dieorang..Adik laki saya pun..alhamdulillah boleh lah ubat "pesakit" macam ni,tapi yang tak begitu teruk..Malam tu, pok panggil saya.. "ngah..angah.."saya jawablah.."ye pok..angah ada ni..letak kuih raya ni..esok kan raya..kan orang mari rumah pok..pok nak bagi makan apa" aku bergurau dengan pok macam tu..dia tergelak..pastu dia lambai tangan dia,panggil saya..seram sejuk pulak teringat time tu..saya pandang adik laki (acik) "bakpe pok" acik tanya..eh..acik ada..pok tak perasan..tiba2 " tanya budak tu..bukan sebarang budak tu..dia belajar jugak tu.." tu yang pok cakap..aku ni..biul..tanya..budak mana pok? dia tunjuk ke arah acik..pastu acik duduk sebelah pok..sambil gosok belaknag pok,acik baca2 ayat al-quran.. acik tanya lagi.."bakpe pok?nak kata mende tu?" " aku tunggu anak aku mari,nanti aku cerita" tu yang pok jawab..pastu dia mintak air..bagilah pok minum air zam zam..bila ayah sampai je kat tangga rumah pok " hah! anak aku sampai dah tu,aku nak cerita belaka malam ni" ayah belum naik lagi,pok dah tahu tu ayah..kiteorang ni,diam jelah..ayah naik dengan mak..Ayah bagi salam,semua sambut salam, termasuk pok.."Mie,mari kejap..pok nak kabo ni" terus pok panggil ayah..kiteorang pun berbisik kat mak..bagitahu apa yang jadi..

"masa naik rumah ni,ada orang tanam kain bawah pasak tiang rumah..ibu tiang,mie tolonglah ambik..buang,pok takut..beruk mari kacau pok sokmo.mokcik tu sokmo duduk kat katil pok.pastu ce tengok atas,nampak dok kain merah kat 2 tiang ni?tu orang yang sama jugak pasang.ayah tanya,siapa pasang?pok kata pok tak berapa ingat..tapi masa dia pasang tu,orang tu pn dah tua,ada lagi ke pokcik tu..?Mie,boleh dok buang habuk2 dalam perut pok ni?dok tahulah habuk ke..kapas ke.."tolongla..kiteorang semua terkejut bila pok cakap macam tu.. "acik,pergi bawah tengok ada ke ruang boleh tengak kat tiang pok kata tu" ayah minta acik turun tengok kain yang pok cakap tu..acik turun..lama..acik kata memang tak nampak ayah..lagipun pok kata kain tu dia pasak kan..kena gali bawah tiang kalau kita nak ambik.. acik naik, "hah! boleh ambik ke?" tu pok tanya acik..sambil dia sengeh2..acik senyum je..pastu pok buka cerita sikit2..Dulu pok pernah berkawan baik dengan seorang atuk ni..atuk ni memang pandai berubat orang sakit kena santau.Tapi pok siap bersumpah dengan al-quran tak pernah ambik "benda2" pelik tu..cuma pok kata,mungkin benda2 atuk tu yang ikut pok.Sebab ustaz pun ada cakap,"benda" ni semua bukan pok punya..dia menumpang ,masalahnya banyak. Ayah pun ada cerita ayah pernah cakap dengan  "benda" tu..tapi dia guna tubuh & suara pok..Alhamdulillah,ayah pun boleh lah sikit2 berubat benda2 macam ni..mungkin sebab tu acik pun boleh..entahlah..dengan izin allah kan..yang pasal ni kita cerita kemudian.Lepas pok cerita semua, ayah pun cakap, baru ayah faham..ayah ingat..tak apa lah pok..ayah pun tanya pok..dah ni,pok tak mboh kan semua ni? kita panggil ustaz lagi ye..? pok setuju..

Lepas raya puasa,ayah dan mak bawak macam2 ustaz, dari ustaz tahfiz, ustaz masjid, sampailah ustaz yang belajar di siam..semua ustaz balik,demam2..last,ustaz dari dua pupu ayah..dia yang syorkan ustaz ni..asalnya ustaz ni nak pergi tengok je dulu,bila sampai je,ustaz terus cakap,tak boleh ni,kita cuba selesai terusla..berubatlah dengan ustaz tu..10/07/18 sekali berubat dengan ustaz ni,dari pagi sampai waktu zohor, ayah ambil gambar,send dekat group whatsapp family..Memandangkan aku di Cyberjaya,kakak di Johor,adik bongsu di Puncak alam,tinggal acik & isteri tinggal dengan mak ayah.Kami memang minta ayah update apa2..Pagi 11/07/18 ayah htr gambar ustaz tengah berubat pok..ayah cakap,alhamdulillah,nampak pok segar sikit..kami semua reply whatsapp ayah..alhamdulillah..semoga pok sihat balik..pukul 2.00 petang, adik ipar aku call, dia jarang2 call,tapi dia call,tiba2 tanya "angah busy?aku jawab ok2 je..baru balik meeting.." "angah sabar deh..pok takdok dah ni..ayah panggil doktor untuk double confirm..nanti apa2 akan update balik."

no words from my mouth..aku call alg,alg cakap ye,alg dapat whatsapp dari amy..so alg kata,tak apalah, kita kena redha, kita balik ye..drive elok2..tu pesan along. aku macam tak boleh terima pada mulanya, memang sedih..terus nangis..pastu, adik bongsu lusa nya last paper dia, kalau ikut pada acik, dia tak bagi aku bagitahu..tapi adik bongsu aku ni, rapat dengan pok..jadi..aku call dia..bila aku bagitahu dia..dia diam..senyap terus..aku terus  panggil dia..aku tanya "adik nak balik ke" angah nak balik ni..adik nak ikut? kalau aku dari cyber, nak ke puncak alam tu, memang jem teruk..dia hang up..
Dalam 20 minit, adik call aku, angah..nak balik..tunggu..adik mintak kawan hantar ke office angah..Sampai nya adik aku ni,kiteorang terus berpelukan sambil menangis.Aku cuba tenangkan dia, walaupun aku tak kuat,tapi dia adik..aku kena tenangkan dia.." aku call ayah,ayah boleh ke tunggu kami sampai..nak cium pok...sambil nangis..ayah pun menangis..ayah kata, tak apalah, ayah bersyukur, ayah puas hati, anak2 ayah layan baik kat pok..bila balik kampung, memang selalu teman pok..ayah terima kasih sangat2 pada awak semua..tak apalah ye..ayah urus jenazah pok dulu, nanti kita pergi kubur, sedekah al-fatihah & yassin untuk pok..Malam tu,kiteorang sampai, orang baru je siap kebumikan pok..Acik memang selalu tolong galikan liang lahad..Kali ni pun, dia galikan jgk..dengan kawan2 dia, acik kata semua elok..tanah tadi semua elok, letak pok dalam liang lahad pun, cantik je pok duduk..alhamdulillah..kami terus ke kubur pok malam tu..sedekahkan al-fatihah & yassin..kami redha..

Assalamualaikum pok..Kami sentiasa doakan kemudahan pok di alam barzakh..


Al-fatihah..















Kanvas Putih,
AFIQAH AZMAI

Monday, February 4, 2019

KENDURI SAMBIL SAMBUT ANNIVERSARY

بِّسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum..

Sedikit perkongsian pasal hari minggu kami baru - baru ni,ke Melaka untuk kenduri di Ayer Keroh dan sambut anniversary kami.At 1st, selamat pegantin baru boss..semoga perhubungan dalam rahmat Allah sentiasa.Akad nikah jumaat malam sabtu,kenduri keesokan hari nya..Jadi kami stay di Melaka sehingga Ahad.

Melaka memang tempat best,bagus untuk kita bercuti,sama ada untuk cuba makanan baru, dia punya sejarah,pantai lagi..senang cerita, semua best la.Di Ayer Keroh kami stay di Metrasquare hotel,bilik memang luas,persekitaran bersih,staff pun friendly,ada breakfast sekali,makanan pun sedap..
saya bagi 🌟🌟🌟🌟🌟.Di bandaraya Melaka , kami stay di 1992 CAPSULE HOTEL , jalan kota laksamana, Hotel ni pun selesa, tapi sesuai untuk yang bujang atau pun pasangan yang belum ada anak, sebab hotel ni dia open sikit, just divided us to  different bed with shutters, but no worries,
they provide us free parking and with cleanest toilet,iron also provided.But unfortunately kite orang terpaksa solat siap2 sebelum balik hotel,dan subuh terpaksa solat dalam keadaan duduk diatas tilam.Sebab ruang solat tidak disediakan.Tapi solat tu wajib,kena buat walau dalam keadaan apa sekali pun.


kalau tak jalan2 kat JONKER WALK, memang rugi la.. :) kat sini, macam2 boleh kita tengok.Nak beli souvenir,cari kat sini bagus..kalau pandai tawar harga, berbaloi..



Di tengah2 bandar Melaka, atau Bandar Hilir , ada macam2..nak naik beca pun boleh.Tapi kami ni, kaki jalan..so berjalan,keluarkan keringat..ha..makan banyak time holiday ni,so kita bakar lemak bebanyak. haha..Kat sebelah kedai jual air tembikai ni, ada 1 kedai viral CENDOL JAM BESAR, disebabkan terlalu ramai orang beratur, dan kiteorang pun dah kehausan tahap berjalan dipadang pasir,kita pergi kedai sebelah, beli air tembikai..1 biji ni, RM10.

 

Petang kita singgah solat di MASJID SELAT MELAKA & jalan2 di PANTAI KLEBANG
Kalau nak bergambar area masjid ni,datang waktu petang, time2 matahari nak turun, view memang cantik, lighting original beb..memang lawo, macam gambar kiteorang tu..hihi..


Ni pulak AIR KELAPA TERBANG.Kenapa nama dia macam tu?? sebabnya diaorang prepared kelapa ni sambil bersilat dan melambungkan isi kelapa ni..RM5 sebiji.Minum sejuk2..lega..



Contoh bilik di 1992 CAPSULE HOTEL , katil Queen, ada 1 plug dalam ni, dan kalau korang nampak, yang bawah towel tu,loker,siap dengan mangga & kunci sekali..so jangan risau,selamat..
Yang gambar belah kanan tu, atas kepala saya tu,tu lah bidai nya..yang tutup tempat tidur ni..


Ni kat ASAM PEDAS PAK MAN. Asam pedas dia memang torbaik, ada jual kuih muih sekali kat sini..ramai..dia bukak kedai sampai pukul 7 je..

tu jela yang boleh saya share sikit..



Kanvas Putih,
Afiqah Azmai



Monday, June 10, 2013

DARI GAMBANG KE KAMPUNG HALAMAN...



Mak : abang balik esok jelah..hari ni,habis exam pun dah petang...takkan nak bertolak malam kot??
Anak : takpelah mak..bukan balik drive sorang2..ada kawan sekali.dioerang nak balik kelantan
Mak : iuktlah..asalkan jangan balik sorang2,jangan laju2..

lepas isyak 09.30 malam~~ ali (bukan nama sebenar) dan kawan2,bertolak ke kampung halaman,dengan menaiki motosikal
ali yang memandu keseorangan dihadapan laju meninggalkan kawan2nya..sesampainya di satu kawasan "BUKIT BAUK" tiba2 motornya sedikit slow dan lebih berat..ali perlahankan motornya,sambil menunggu kawan2 yang lain..dan tiba2..meter minyaknya menjunam ke "E"..padahal baru je isi minyak...ali merasa pelik..dan akhirnya motornya mati..kawan2 ali,meneruskan perjalanan,kerana mereka fikir,ali dah penat bawak laju..kemudian ali teringat pesan ayahnya.."abang,kalau kat kawasan 2,jangan main2,mulut kena jaga..kalau ada pe2,baca al-fatihah,ayat kursi sikit"..apa yang dipesan,dibuat tanpa ada rasa sangsi..alhamdulillah,semuanya kembali ok..tapi sekejap aje...tapi sesampainya di "KUALA ABANG",semuanya dah OK..BETUL2 OK..

dirumah..01.30 pagi..ali bersama keluarga(menceritakan apa yang berlaku)
kemudain barulah ayahnya membongkarkan satu rahsia,dimana,memang selalu orang yang kena "tumpang" dari BUKIT BAUK- KUALA ABANG..sebenarnya dari bukit bauk ada satu kubur yang terbiar,begitu jugak di kuala abang..dan ayah boleh melawak,"takpelah,abang buat kebajikan tu.."kesian dia,nak jalan jauh 2.."


Saturday, April 13, 2013

GOTONG - ROYONG KAMPUNG

Assalamualaikum..lama rasanya xmenulis..baru sampai kampung sebenarnya,bukak laptop ayah,ternampak pulak gambar ni..so,kita cerita sikit ye.saya bukan nak berbangga ke apa..tapi itulah ayahanda ku sayang.selalu buat amal,dari sebelum pegang apa2 jawatan,sampailah jadi JKKK,dan hampir 2 tahun jadi AHLI MAJLIS BANDARAYA,ayahku,STILL THE SAME..LOVE U DAD...tanpa menghiraukan kata2 orang kampung,ayahku..akan buat apa saja yang menjanjikan kebaikan..IM PROUD TO BE YOUR DAUGHTER...kalau dulu,biasanya ayah akan bersihkan tapak perkuburan sorang2,tapi sekarang,dengan adanya gotong - royong yang dianjurkan,ia boleh buat anak2 muda sedar,dan dalam masa yang sama ambik bahagian sekalli dalam keje amal,berbanding nak buat keje2 tak tentu arah..jom kita intai2 gambar sikit..












Tuesday, February 12, 2013

TAHNIAH UNTUK SYAMER & SOFEA

Assalamualaikum...hanya task pendek,nak ucapkan "SELAMAT PENGANTIN BARU" kepada Muhammad Dahniel Syahmir & Siti Sofea, yang telah diijab kabul tanggal 08/02/2013. kak Iqa ucapkan semoga jodoh korang berpanjangan,dimurahkan rezeki dan diberkati Allah s.w.t..amin..Buat phia,sekarang dah jadi isteri orang,kena pandai menjaga pergaulan ye dik..buat syamer,akhirnya,hari yang syamer tunggu,sampai jugak kan...lepas ni,kena pandai kawal soal rumah tangga,jaga hati phia ok!! akak doakan korang BAHAGIA HINGGA KE HUJUNG NYAWA..AMIN...

                                       
                                EN.FOZI HASHIM BERSAMA KELUARGA&"ANAK BARU"




                                                            SYAMER & SOFEA