Monday, February 4, 2019

KENDURI SAMBIL SAMBUT ANNIVERSARY

بِّسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum..

Sedikit perkongsian pasal hari minggu kami baru - baru ni,ke Melaka untuk kenduri di Ayer Keroh dan sambut anniversary kami.At 1st, selamat pegantin baru boss..semoga perhubungan dalam rahmat Allah sentiasa.Akad nikah jumaat malam sabtu,kenduri keesokan hari nya..Jadi kami stay di Melaka sehingga Ahad.

Melaka memang tempat best,bagus untuk kita bercuti,sama ada untuk cuba makanan baru, dia punya sejarah,pantai lagi..senang cerita, semua best la.Di Ayer Keroh kami stay di Metrasquare hotel,bilik memang luas,persekitaran bersih,staff pun friendly,ada breakfast sekali,makanan pun sedap..
saya bagi 🌟🌟🌟🌟🌟.Di bandaraya Melaka , kami stay di 1992 CAPSULE HOTEL , jalan kota laksamana, Hotel ni pun selesa, tapi sesuai untuk yang bujang atau pun pasangan yang belum ada anak, sebab hotel ni dia open sikit, just divided us to  different bed with shutters, but no worries,
they provide us free parking and with cleanest toilet,iron also provided.But unfortunately kite orang terpaksa solat siap2 sebelum balik hotel,dan subuh terpaksa solat dalam keadaan duduk diatas tilam.Sebab ruang solat tidak disediakan.Tapi solat tu wajib,kena buat walau dalam keadaan apa sekali pun.


kalau tak jalan2 kat JONKER WALK, memang rugi la.. :) kat sini, macam2 boleh kita tengok.Nak beli souvenir,cari kat sini bagus..kalau pandai tawar harga, berbaloi..



Di tengah2 bandar Melaka, atau Bandar Hilir , ada macam2..nak naik beca pun boleh.Tapi kami ni, kaki jalan..so berjalan,keluarkan keringat..ha..makan banyak time holiday ni,so kita bakar lemak bebanyak. haha..Kat sebelah kedai jual air tembikai ni, ada 1 kedai viral CENDOL JAM BESAR, disebabkan terlalu ramai orang beratur, dan kiteorang pun dah kehausan tahap berjalan dipadang pasir,kita pergi kedai sebelah, beli air tembikai..1 biji ni, RM10.

 

Petang kita singgah solat di MASJID SELAT MELAKA & jalan2 di PANTAI KLEBANG
Kalau nak bergambar area masjid ni,datang waktu petang, time2 matahari nak turun, view memang cantik, lighting original beb..memang lawo, macam gambar kiteorang tu..hihi..


Ni pulak AIR KELAPA TERBANG.Kenapa nama dia macam tu?? sebabnya diaorang prepared kelapa ni sambil bersilat dan melambungkan isi kelapa ni..RM5 sebiji.Minum sejuk2..lega..



Contoh bilik di 1992 CAPSULE HOTEL , katil Queen, ada 1 plug dalam ni, dan kalau korang nampak, yang bawah towel tu,loker,siap dengan mangga & kunci sekali..so jangan risau,selamat..
Yang gambar belah kanan tu, atas kepala saya tu,tu lah bidai nya..yang tutup tempat tidur ni..


Ni kat ASAM PEDAS PAK MAN. Asam pedas dia memang torbaik, ada jual kuih muih sekali kat sini..ramai..dia bukak kedai sampai pukul 7 je..

tu jela yang boleh saya share sikit..



Kanvas Putih,
Afiqah Azmai



No comments: